Panduan Untuk Memilih AntiVirus Terbaik

Panduan Untuk Memilih AntiVirus Terbaik

Di internet terdapat banyak program antivirus untuk dipilih. Jadi persoalannya adalah bagaimana mencari antivirus yang terbaik dan sesuai dengan penggunaan anda? Terdapat satu organisasi antivirus yang akan menguji produk antivirus setiap bulan untuk mengenalpasti keberkesanan produk mereka terhadap ancaman virus yang pelbagai.

Percuma Atau Berbayar

Salah satu perkara utama yang perlu anda fikirkan adalah untuk memilih sama ada anda sanggup mengeluarkan duit untuk antivirus ataupun tidak. Kebanyakan antivirus hanya akan menelan wang anda dan tidak berbaloi untuk dibeli. Tetapi, terdapat juga pelbagai antivirus yang hebat dan amat berkesan untuk menjaga PC anda daripada virus.

Manakala, antivirus percuma sering kali akan menggangu perhatian ketika berada di PC anda dengan tawaran istimewa untuk menaik taraf antivirus sedia ada kepada antivirus yang berbayar. Ini akan menimbulkan sedikit ketidakselesaan ketika kita sedang bekerja menggunakan komputer dan iklan ini tiba-tiba muncul di skrin komputer.

 

 

Kekal Dengan Antivirus Popular

Kami mengesyorkan agar pengguna antivirus kekal dengan produk produk-popular dan mempunyai reputasi yang baik. Antara pengeluar antivirus yang mempunyai reputasi yang baik adalah seperti Avast, Kaspersky, AhnLab, Panda dan bermacam lagi. Salah satu sebab adalah kerana produk antivirus ini telah melalui ujian dan terbukti dapat melawan virus di komputer anda.

Jika anda menggunakan antivirus yang namanya hampir menyerupai antivirus lain dan tidak mempunyai latar belakang syarikat yang jelas, kebarangkalian antivirus yang anda gunakan tersebut adalah virus yang menyamar! Antara nama virus yang menyamar sebagai antivirus adalah seperti Antivirus Live dan Advance Virus Remover. Jika virus ini telah di pasang di komputer anda, anda akan terdedah kepada pelbagai ancaman siber. Mereka juga mampu untuk mengetahui setiap apa yang anda taip dan apa yang anda buat di komputer anda. Termasuklah password peribadi anda.

 

 

Semak Keputusan Ujian

Pelbagai laman web di internet yang anda boleh rujuk untuk mengetahui keputusan ujian antivirus. Laman yang menjadi pilihan kami adalah AV-TEST. Ia kerap melakukan ujian terhadap banyak produk antivirus berdasarkan kepada perlindungan terhadap virus, prestasi dan kebolehgunaan.

 

 

Jom ke laman web AV-TEST untuk melihat laporan ujian mereka dan melihat bagaimana prestasi dan pencapaian antivirus pilihan anda. Jadi setakat ini, antivirus yang manakah yang menjadi pilihan anda?

 

TIADA KOMEN

Tinggalkan komen